the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penulis blog direman bantu siasatan kes rasuah projek RM41 juta

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penulis blog semalam bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan rasuah dalam satu projek bernilai kira-kira RM41 juta di sebuah kementerian.

Lelaki berumur awal 60-an itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di sini semalam, dan dia dipercayai menerima rasuah kira-kira RM1.3 juta daripada sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) sekitar tahun 2020.

Menurut sumber SPRM, ia dipercayai sebagai dorongan kepadanya melobi supaya syarikat berkenaan berjaya dalam perolehan kontrak berkaitan.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah reman selama dua hari terhadap penulis blog berkenaan setelah SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 (ASPRM 2009). – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings