the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Umno ulangi komitmen terus pertahan Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal – Zahid

KUALA LUMPUR: Umno mengulangi komitmennya untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan yang menerajui kepimpinan negara ketika ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-16, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata sekiranya terdapat mana-mana pihak yang cuba menggugat kedudukan Kerajaan Perpaduan, Umno bersama parti dalam gabungan itu akan terus memastikan kerajaan yang dibentuk ketika ini bertahan sehingga akhir penggal.

“Kita seharusnya merasa lebih yakin tentang keberadaan kita di dalam kerajaan sekarang dan kita mesti mendukung kerajaan sekarang kerana manfaat dan mudarat telah kita perkirakan. Alhamdulillah keberadaan kita dalam Kerajaan Perpaduan akan terus memberikan kesimbungan kepada Umno.

“Bayangkan kalau kita terjerumus dengan puak-puak itu, sejarah kita (Umno) telah padam. Kini mereka juga telah merancang kononnya bulan depan atau Ogos kerajaan ini akan digantikan, kononnya, jadi Umno berpendirian terutama rakan dalam Majlis Tertinggi dan Barisan Nasional, kita tetap mempertahankan keberadaan Kerajaan Perpaduan untuk kemantapan politik di negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2023 yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata evolusi politik dunia menyaksikan banyak negara kini membentuk kerajaan pelbagai parti sama ada atas nama kerajaan campuran mahupun kerajaan perpaduan.

Justeru itu, katanya parti-parti politik yang sebelumnya berseteru dan tidak boleh bersama, kini dilihat berupaya bergabung membentuk kerajaan demi kepentingan rakyat.

“Dulu lawan tetap lawan, masing-masing membawa haluan, kini kita menjadi kawan, demi kekuatan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut menyeru ahli Umno tidak merasa apalogetik ketika menyuarakan soal keindukan Islam, Melayu dan Bumiputera kerana pada masa yang sama Umno tidak pernah meminggirkan hak dan kepentingan kaum lain di negara ini.

Malah katanya, usaha memperkasa dan menerapkan nilai-nilai Islam tetap menjadi agenda Kerajaan Perpaduan yang mentadbir negara hari ini di samping menghormati kebebasan penganut agama-agama lain.

“Sementara kita melakukan penyesusaian politik berdasarkan realiti politik semasa, termasuklah dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan sejak 24 Nov tahun lalu, perkara pokok atau asas yang melibatkan soal Islam, Melayu dan Bumiputera tidak pernah dicabar atau cuba dirobek oleh mana-mana rakan kongsi politik kita.

“Harapan saya, kesalingan (kerjasama) yang terbentuk ini akan memadamkan kecurigaan sesama kita. Jangan lagi ada kenyataan-kenyataan yang boleh menguris hati antara kita dan kepada sahabat-sahabat kita, jangan diusik hati dan perasaan orang Melayu.

“Begitu juga dengan kita, elakkan tutur dan tindakan yang boleh mengundang resah sahabat dan saya tegaskan, Umno bukan political chameleons atau mengkarung politik, kita tetap mempertahankan empat perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Ahmad Zahid. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings