the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM sekali lagi zahir penghargaan atas undangan Kerajaan Arab Saudi

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menzahirkan penghargaan atas undangan Kerajaan Arab Saudi untuk melawat ke negara itu dalam tempoh yang singkat selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Lawatan rasminya ke negara Timur Tengah itu bersama delegasi pada 22 hingga 24 Mac lepas merupakan lawatan negara luar ASEAN pertamanya selepas mengangkat sumpah memegang jawatan berkenaan pada 24 Nov tahun lepas.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya malam ini, beliau yang juga Menteri Kewangan menyifatkan hubungan Malaysia-Arab Saudi termasuk dalam urusan perniagaan, perbankan dan kegiatan Islam terjalin dengan sangat baik.

“Saya percaya kerjasama Malaysia-Arab Saudi akan terus diperkasa menerusi pelbagai lapangan sekali gus memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” katanya.

Dalam lawatan tiga harinya ke negara itu, Perdana Menteri menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha dan Setiausaha Agung Liga Dunia Islam Sheikh Dr Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa.

Beliau juga sempat mengadakan pertemuan dengan komuniti perniagaan Arab Saudi di ibu pejabat Bank Pembangunan Islam, di Jeddah dan menyaksikan majlis menandatangani tiga Perjanjian Persefahaman melibatkan syarikat swasta Malaysia dan Arab Saudi.

Anwar dan delegasi juga sempat melengkapkan ibadah umrah di Makkah dan ziarah di Madinah serta beramah mesra dalam program iftar bersama rakyat Malaysia yang menetap di Jeddah, Makkah dan Madinah.

Untuk rekod, pada tahun 2022, Arab Saudi merupakan rakan dagang terbesar, destinasi eksport ketiga terbesar dan sumber import terbesar negara di rantau Asia Barat dengan jumlah dagangan dua hala berjumlah RM45.52 bilion (US$10.26 bilion), peningkatan sebanyak 159.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, eksport negara ke Arab Saudi, meningkat sebanyak 43.8 peratus berjumlah RM7.28 bilion (US$1.66 bilion), manakala, jumlah import negara dari Arab Saudi mencatatkan peningkatan sebanyak 205.8 peratus berjumlah RM38.24 bilion (US$8.60 bilion). -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Thailand Launches FastPass Program, Unlocking USD 21 billion in Strategic High-Tech Investment

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Prime Minister Anutin Charnvirakul formally launched Thailand FastPass at Government House, mobilizing over USD 21 billion (approximately 700 billion baht) in strategic high-tech investment.

Hydrowash Detailing Pte Ltd Named Distinguished Brand of the Year, Strengthening Its Position in...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Hydrowash Detailing Pte Ltd, a Singapore-based automotive detailing company, has been honoured with the Distinguished Brand of the Year award, recognising the company's commitment to service excellence, customer satisfaction, and innovation in automotive care.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings