the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bomba: Operasi SAR kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas di Tanjung Malim disambung esok

IPOH: Misi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak berusia lapan tahun yang dikhuatiri lemas di Lubuk Gelap, Simpang 4, Tanjung Malim yang masuk hari ketiga hari ini masih menemui jalan buntu dan terpaksa dihentikan pukul 6.30 petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata misi SAR yang disertai 24 anggota bomba dan dua anjing pengesan itu akan disambung pagi esok.

“Kawasan pencarian diluaskan sepanjang lima kilometer dan kaedah river downstream,surface searching, tensionel diagener, stream searching serta selaman telah dilakukan oleh pasukan mencari dan menyelamat termasuk bantuan dari unit K9 yang mana telah melakukan pencarian di lubuk-lubuk sepanjang ke jambatan besi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya operasi pencarian juga melibatkan dua rafting boat dan wheely bagi mengesan mangsa yang berasal dari Sarawak itu.

Terdahulu, Sabarozi berkata mangsa Edward Grang Jenggut ke lokasi tersebut untuk berkhemah bersama keluarganya sempena cuti sekolah minggu lepas dan sepatutnya pulang pada petang hari kejadian.

Pada Sabtu, bomba menerima maklumat mangsa dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai dengan berpakaian set baju renang berwarna hitam bertompok hijau ketika hilang pada 5.06 petang.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings