the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Air keruh, arus deras sukarkan misi kesan kanak-kanak disyaki lemas di Tanjung Malim

IPOH: Air keruh dan arus deras menyukarkan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan selaman untuk mengesan kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas di sungai berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Tanjung Malim, Sabtu lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pada pukul 4 pagi semalam, hujan lebat sehingga pukul 7 pagi menyebabkan arus deras, selain lubuk-lubuk kawasan yang ditumpukan kesemuanya keruh.

Beliau berkata bagaimanapun didapati cuaca baik pada hari ini dengan air lebih jernih dan arus tidak deras berbanding semalam.

“Ini sungai berjeram, maka bukan sepanjang sungai ini dalam. Jadi dia ada lubuk-lubuk tertentu sahaja, kita pun bukan nak menyelam semua tempat,“ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Memasuki hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR), Sabarodzi berkata misi tersebut diteruskan kira-kira 8.30 pagi ini melibatkan 24 anggota bomba termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, PPDA dari Ipoh, Kuala Kangsar dan Teluk Intan.

Penggunaan khidmat anjing pengesan (K9) bagi membantu mengesan mangsa juga diteruskan pagi ini, secara keseluruhan melibatkan 52 anggota lain-lain agensi.

Beliau berkata pihaknya turut mewujudkan “trap point” dalam strategi dan taktikal menyelamat sejauh 2.5 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

“Tubuh badan manusia ini kalau lemas, dalam tempoh 24 jam dia akan timbul. Malam tadi, kita risau dia (mangsa) dah lebih 24 jam, mungkin dia timbul,“ katanya.

Pada masa sama, Sabarodzi berkata mangsa Edward Grang Anak Jenggut yang berusia lapan tahun dan berasal dari Sarawak merupakan anak kedua daripada tiga beradik.

Menurutnya mangsa ke lokasi tersebut untuk berkhemah bersama keluarganya sempena cuti sekolah minggu lalu, dan sepatutnya pulang pada petang hari kejadian.

Pada Sabtu, bomba menerima maklumat mangsa dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai dengan berpakaian set baju renang berwarna hitam bertompok hijau ketika hilang pada 5.06 petang. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings