the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Asyraf Wajdi: Sokongan 148 Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan masih kekal

KUALA LUMPUR: Sokongan 148 Ahli Parlimen yang menandatangani Perjanjian Persefahaman Kerjasama dimeterai gabungan parti politik Kerajaan Perpaduan masih lagi kekal dan utuh, kata Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata medan untuk sebarang perbincangan atau rundingan antara parti dalam kerajaan sentiasa berjalan pada setiap minggu, dengan 148 Ahli Parlimen yang tandatangani MoU Kerajaan Perpaduan masih lagi kekal dan utuh.

Katanya Kerajaan Perpaduan bukan melibatkan sesebuah parti secara bersendirian, dan tiada satu parti tertentu yang mendominasi parti lain, malah semua pihak yang membentuk perpaduan itu sentiasa mempunyai ruang untuk berkomunikasi.

“Biasalah.. orang yang tidak senang dengan kekuatan atau kekukuhan yang ada ini adalah sebenarnya mereka yang cemburu tidak dapat membentuk kerajaan lebih awal,” katanya pada sidang media berhubung Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Menara Dato Onn, di sini hari ini.

Sebelum ini media tempatan melaporkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na’aman memberi bayangan berkaitan gerakan bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan, dengan memuat naik angka 126 di Facebook miliknya.

Mengenai rundingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, Asyraf Wajdi yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata perbincangan amat positif meskipun mengakui terdapat pertindihan kerusi.

“Setakat hari ini, nampak kerjasama khususnya enam PRN ini antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) amat baik sekali. Semua enam PRN ada pertindihan (kerusi), sebab sebelum ini BN bertanding melawan PH dan sebaliknya.

“Namun perbincangan dan rundingan sedang berjalan dan kami terima laporan sebentar tadi, boleh saya katakan ia amat positif dan konstruktif,” katanya.

Pada 22 Feb lepas, menteri besar dan ketua menteri dari enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan mencapai kata sepakat untuk mempertimbangkan pembubaran DUN masing-masing dalam dua minggu terakhir Jun bagi memberi laluan kepada PRN. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings