the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan peruntuk RM150 juta biaya pemodenan vesel, mekanisasi tangkapan

KUALA TERENGGANU: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM150 juta bagi membiayai Program Pemodenan Vesel (PPV) dan Program Mekanisasi Tangkapan (PMT) untuk meningkatkan jumlah pendaratan ikan bagi bekalan makanan.

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan Jabatan Perikanan Malaysia Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata pembiayaan di bawah Program Dana Jaminan Makanan itu dibuka kepada nelayan Zon A, Zon B, Zon C dan Zon C2.

“Kadar faedah yang ditetapkan adalah sebanyak tiga peratus bagi nelayan Zon A dan B, manakala 3.5 peratus bagi nelayan di Zon C dan C2.

“Jabatan menyasarkan sebanyak 315 vesel akan menerima manfaat iaitu 28 vesel bagi PPV dan 287 vesel bagi PMT,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata setakat 31 Jan lepas, Agrobank telah meluluskan sebanyak RM131 juta daripada dana itu dan peruntukan tersebut masih berbaki untuk dipohon oleh mana-mana pihak yang berminat.

Wan Muhammad Aznan berkata di Terengganu, terdapat 27 vesel laut dalam Zon C2 yang merekodkan pendaratan ikan sebanyak 291 tan metrik pada 2021.

“Dalam lawatan kerja ke Syarikat Amir Vision Sdn Bhd di Kuala Terengganu hari ini, Datuk Seri Mohamad Sabu (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan) berkata pembinaan vesel moden seharusnya diperbanyakkan bagi menggantikan bot tradisional,“ katanya.

Amir Vision merupakan satu daripada syarikat yang terlibat bagi pembangunan vesel besi berciri moden Zon C2, milik bumiputera di negeri ini.

Dalam pada itu, Wan Muhammad Aznan berkata Jabatan Perikanan Malaysia menyasarkan sebanyak 1.3 juta tan metrik pengeluaran perikanan bagi 2023, merangkumi pendaratan perikanan laut pantai dan laut dalam. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings