the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Keputusan bantahan awal petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah ditangguh 7 Feb

MELAKA: Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan ke 7 Feb ini keputusan bantahan awal terhadap petisyen pilihan raya yang difailkan calon Barisan Nasional (BN) untuk membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Parlimen Masjid Tanah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis menetapkan tarikh itu bagi mendapatkan hujahan tambahan daripada peguam Mohd Faizi Che Abu yang mewakili Mas Ermieyati dan Rosfinah Rahmat yang mewakili Abdul Hakim Abdul Wahid.

Beliau sebelum itu menetapkan hari ini untuk keputusan bantahan awal petisyen berkenaan.

Pada 3 Jan lepas, Abdul Hakim memfailkan petisyen itu atas dakwaan berlaku sogokan berbentuk wang dan jamuan bagi meraih undi pada PRU15.

Mas Ermieyati yang merupakan responden, kemudiannya mengemukakan bantahan awal antara lain mendakwa petisyen tersebut difailkan di luar masa ditetapkan di bawah Seksyen 38 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Selain itu, Abdul Hakim selaku pempetisyen didakwa melakukan kesilapan kerana tidak menamakan Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dalam petisyen tersebut.

Pada PRU15, Mas Ermieyati (PN-Bersatu) menang dengan majoriti 4,411 undi dalam pertandingan empat penjuru menewaskan Abdul Hakim, Mutalib Uthman (MUDA) dan Handrawirawan Abu Bakar (GTA-Pejuang). -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings