the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hujan lebat: Beberapa jalan di ibu kota dinaiki air, beransur surut dua jam kemudian

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama di ibu kota dinaiki air susulan hujan lebat selama kira-kira sejam sejak pukul 3 petang tadi.

Menurut laman Facebook Polis Kuala Lumpur antara jalan yang dinaiki air setakat pukul 4 petang tadi adalah Lebuhraya Sultan Iskandar dari arah Istana Negara ke Wisma Tani, Jalan Travers berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Jalan Parlimen, Jalan Maharaja Lela berhampiran Bulatan Merdeka dan di Jalan Ampang.

“Air di beberapa jalan seperti Jalan Parlimen berhampiran Bank Rakyat, Jalan Maharaja Lela berhampiran Bulatan Merdeka, Jalan Travers telah mulai surut pada pukul 5 petang tadi dan kini boleh dilalui oleh semua kenderaan,” menurut laman itu.

Sementara itu Pusat Kawalan SMART Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan terowong SMART telah diaktifkan kepada Mod 2B pada pukul 4.28 petang tadi, dengan aliran air mula dilencongkan, namun terowong berkenaan masih dibuka untuk laluan trafik.

Terdahulu Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di lapan negeri antara esok dan Ahad ini.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings