the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aaron Chia-Wooi Yik sudah bersedia untuk ke Bangkok minggu depan

KUALA LUMPUR: Penyandang juara dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sudah bersedia untuk beraksi di kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022 di Bangkok, Thailand minggu depan.

Aaron berkata persiapan untuk kejohanan terakhir mereka tahun ini berjalan dengan baik, namun ketika ini beliau enggan menyatakan sasaran beliau dalam kejohanan itu.

“Kami sudah bersedia untuk ke Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 minggu depan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Antara yang turut akan bersaing di Bangkok nanti ialah pasangan nombor satu dunia dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan (Indonesia), Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi (China) dan gandingan profesional Malaysia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky sebelum ini dilaporkan berharap Aaron-Wooi Yik serta pasangan beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M. Thinaah dapat melepasi saingan peringkat kumpulan di kejohanan itu nanti.

Sementara itu Aaron-Wooi Yik yang merupakan pasangan beregu lelaki keempat dunia, turut dicalonkan untuk anugerah Pasangan Terbaik Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi 2022.

Bagi anugerah berkenaan, pasangan yang memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu akan bersaing dengan juara dunia beregu wanita Chen Qing Chen-Jia Yi Fan (China), juara dunia beregu campuran 2021 Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai (Thailand), dan penyandang juara dunia beregu campuran Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong (China).

Majlis anugerah itu akan diadakan pada hari Isnin (5 Dis) sempena majlis makan malam gala BWF World Tour Finals 2022 di Bangkok.

Kejohanan BWF World Tour Finals yang menawarkan hadiah wang berjumlah US$1,500,000 itu akan berlangsung di Arena Nimibutr dari 7 hingga 11 Dis. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malacca Strait feels spillover pressure as Red Sea, Hormuz crises reroute global shipping

The Strait of Malacca remains central to Malaysian shipping and Asian trade because it connects the economies of the East and West, with about US$7 trillion (RM28.5 trillion) in trade value passing through the waterway.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings