the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kenyataan media BN cadang lantik lima ahli parlimennya sebagai menteri adalah palsu

KUALA LUMPUR: Satu kenyataan media yang tular di media sosial berhubung cadangan supaya lima ahli parlimen dari Barisan Nasional (BN) dilantik sebagai menteri dalam kerajaan perpaduan, disahkan palsu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang membuat penafian barhubung kenyataan media itu menerusi facebook rasminya, turut berkongsi pautan daripada ‘page’ Barisan Nasional mengenai kenyataan palsu berkenaan.

Kenyataan media itu kononnya dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Dr Zambry Abd Kadir.

Dalam kenyataan media palsu yang tersebar itu, lima ahli Parlimen BN dicadangkan agar dilantik sebagai menteri ialah Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri; Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Kewangan); Datuk Azalina Othman (Menteri Hal Ehwal Undang-Undang); Datuk Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pelajaran) dan Datuk Mohamad Alamin (Menteri Kerja Raya).

Mohamad Hasan yang juga Timbalan Pengerusi BN dalam kenyataan palsu itu turut dinamakan, kononnya sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings