the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Piala Dunia: Tunisia tewas 0-1 di tangan Australia dalam perlawanan Kumpulan D

DOHA: Tandukan Mitchell Duke membantu Australia menundukkan Tunisia 1-0 dalam perlawanan peringkat Kumpulan D Piala Dunia FIFA 2022 di sini pada Sabtu.

Kembali ke Stadium Al Janoub selepas kecundang 4-1 ketika bertemu juara bertahan Perancis, pasukan yang dikenali dengan Socceroos itu cuba mengasak pihak lawan pada awal perlawanan.

Tandukan jarak dekat Duke membolosi gawang lawan pada minit ke-23.

Tunisia yang ketinggalan cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan, namun rembatan Mohamed Drager pada minit ke-41 berjaya ditepis pemain pertahanan lawan Thomas Deng.

Sebaik babak kedua bermula, Tunisia terus mengasak dan hampir berjaya menyamakan kedudukan menerusi percubaan Ferjani Sassi dan kapten pasukan Youssef Msakni pada minit ke-61 dan ke-71, lapor Xinhua.

Tunisia sebelum ini seri tanpa jaringan ketika menentang Denmark awal minggu ini dan meletakkan harapan untuk layak ke peringkat kalah mati.

Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada Rabu, Tunisia dicabar Perancis di Stadium Education City manakala Australia bertemu Denmark di Stadium Al Janoub.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings