the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
25.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lagu ‘RRR’ India dicalonkan sebagai lagu asal terbaik di Oscar

NEW DELHI: Naatu Naatu, muzikal dari filem blockbuster India RRR, dicalonkan sebagai Lagu Asal Terbaik di Anugerah Akademi 2023.

Lagu daripada filem aksi Telugu, yang memenangi anugerah Golden Globe awal bulan ini dalam kategori lagu asal, akan bersaing dengan empat lagu lain, lapor Xinhua.

Pencalonan untuk Anugerah Akademi ke-95 diumumkan petang Selasa.

RRR yang bermaksud Rise, Roar, Revolt, merupakan filem aksi tentang dua pejuang yang menentang pemerintahan British di India. Filem ini merupakan hasil nukilan dan arahan S. S. Rajamouli.

Dua dokumentari India turut dicalonkan untuk Oscar kali ini.

Anugerah Akademi ke-95 akan berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat, pada 12 Mac. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings