the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Op Terjah: 1,220 premis kekurangan bekalan barangan asas – Fuziah

KUANTAN: Sebanyak 1,220 daripada 4,732 premis yang diperiksa menerusi Op Terjah di seluruh negara didapati mempunyai masalah kekurangan bekalan barangan asas, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Fuziah Salleh.

Beliau berkata menerusi pemeriksan itu, telur ayam, gula, minyak masak paket selain tepung gandum antara bekalan keperluan yang didapati berkurangan dan usaha segera telah dilaksanakan untuk memulihkan bekalan.

“Beberapa faktor dilihat menjadi punca bekalan ini berkurangan antaranya isu pengangkutan, jadual bekalan dan ada juga ketika mereka habis bekalan orang dah buat aduan sebelum mereka sempat isi semula bekalan,” katanya kepada pemberita selepas memantau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas di sebuah pasar raya, di sini hari ini.

Hadir sama Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri Sim Chon Siang dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri Datuk Mark Ujin.

Ops Terjah yang mula dilaksanakan KPDN pada 16 Dis lepas, antaranya bertujuan melihat sendiri masalah bekalan dan harga barangan asas selain mengenal pasti zon atau kawasan yang terjejas dengan bekalan.

Mengulas mengenai SHMMP, Fuziah berkata sepanjang tiga hari ia dilaksanakan bermula Jumaat lepas, sebanyak 1,008 premis di seluruh negera telah diperiksa dan tiada kes atau aduan yang diterima oleh KPDN.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings