the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

27 perkara dibangkitkan dalam memorandum Kabinet mengenai tuntutan Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU: Sebanyak 27 perkara akan dibangkitkan dalam memorandum Jemaah Menteri mengenai tuntutan Sabah dan Sarawak terutamanya melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dijadual dibentangkan kepada Kabinet pada 4 Jan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata 27 perkara yang dibangkitkan dalam memorandum itu hasil maklum balas daripada kerajaan Sabah dan Sarawak.

“Daripada 27 perkara itu 22 perkara berkait langsung dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) manakala lima lagi syor tambahan,” katanya kepada pemberita selepas melawat penduduk Tanjung Aru Baru yang terjejas akibat fenomena air pasang besar di sini hari ini.

Armizan berkata satu daripada lima syor tambahan itu telah diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini iaitu memindahkan kuasa mengawal selia bekalan gas di Sabah kepada kerajaan negeri.

“Ia (kuasa kawal selia) merupakan kuasa negeri Sabah tetapi berlaku pindaan undang-undang sekitar tahun 80-an maka kuasa itu diangkat ke Persekutuan dan permintaan kerajaan negeri serta keprihatinan Persekutuan, Kabinet telah luluskan. Insya-Allah Januari ini kuasa itu dipindahkan semula ke Sabah,” katanya.

Sementara itu, Armizan berkata penyelarasan semua agensi kerajaan adalah penting bagi melaksana perancangan kerajaan bagi mendepani bencana terutama banjir di negara ini dan memastikan rakyat tidak mengalami kesan besar akibat bencana tersebut.

Beliau juga mahu semua agensi kerajaan dapat bekerjasama dengan baik bersama pihak lain seperti badan bukan kerajaan (NGO) bagi mendepani bencana tersebut.

“Setakat ini saya lihat penyelarasan itu hingga ke peringkat akar umbi itu baik, ini kita perlu teruskan supaya tidak wujud persenjangan (ketidakseimbangan) antara perancangan kita buat dengan perlaksanaan dilakukan. Jika ada maklum balas dan perlu ditambah baik, kita ambil tindakan tambah baik.

“Kerjasama dengan syarikat telco dapat berikan CSR (program khidmat masyarakat), selain MetMalaysia (Jabatan Meteorologi Malaysia) dan JPS (Jabatan Parit dan Saliran) beri maklumat mengikut lokaliti, saya harapkan kerjasama ini diperluaskan,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Thailand Launches FastPass Program, Unlocking USD 21 billion in Strategic High-Tech Investment

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Prime Minister Anutin Charnvirakul formally launched Thailand FastPass at Government House, mobilizing over USD 21 billion (approximately 700 billion baht) in strategic high-tech investment.

Hydrowash Detailing Pte Ltd Named Distinguished Brand of the Year, Strengthening Its Position in...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Hydrowash Detailing Pte Ltd, a Singapore-based automotive detailing company, has been honoured with the Distinguished Brand of the Year award, recognising the company's commitment to service excellence, customer satisfaction, and innovation in automotive care.

Nervotec Launches NervoScan MCP, Giving AI Assistants a Real-World Health Signal From a 10-Second...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Nervotec, a Singapore-based health AI company, today announced the launch of NervoScan MCP, a contactless biosensing tool that lets MCP-compatible AI assistants read a person's everyday vital signs from a 10-second face scan using any laptop, phone, or webcam camera.

OR Sets 2030 Sustainability Goals Amid Global Energy Transition, Targeting Inclusive Growth for People,...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - PTT Oil and Retail Business Public Company Limited (OR), Thailand's leading energy and lifestyle retail operator, has announced its OR 2030 Goals - a comprehensive sustainability framework across three dimensions: Economic Prosperity, Living Community, and Healthy Environment - as the global energy industry undergoes accelerating transition, navigates geopolitical uncertainty, and responds to climate imperatives.

TrendAI™ Named Trusted Partner in the OpenAI Daybreak Cyber Partner Program

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 23 June 2026 - TrendAI™, the enterprise AI security leader from Trend Micro Incorporated (TYO: 4704; TSE: 4704), today announced it has joined the OpenAI Daybreak Cyber Partner Program – gaining access to OpenAI's frontier AI capabilities purpose-built for cybersecurity.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings