the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Adik Kim Jong kritik kepimpinan Korea Selatan kerana menimbang untuk mengenakan sekatan

MOSCOW: Adik perempuan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan timbalan pengarah salah satu jabatan Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja yang memerintah, Kim Yo Jong, pada Khamis mengkritik Seoul kerana mendesak Pyongyang dikenakan sekatan baharu.

Kritikan itu dibuat dengan menggelar kepimpinan Korea Selatan sebagai “bodoh”, yang terus mencetuskan “situasi berbahaya” akibat tekanan dari Washington.

Pada Selasa, jurucakap kementerian luar Korea Selatan Lim Soo-suk berkata Seoul sedang berunding rapat dengan Washington dan Tokyo untuk meningkatkan keberkesanan kemungkinan sekatan unilateral terhadap aktiviti siber Pyongyang jika Korea Utara menjalankan ujian nuklear ketujuhnya

Ahli politik itu memberi amaran kepada Seoul bahawa “sekatan terdesak dan tekanan AS dan “pembantu” Korea Selatannya terhadap Korea Utara akan menyemarakan permusuhan dan kemarahan yang akan menjerat mereka, lapor Sputnik memetik Kim sebagai berkata dalam satu kenyataan yang dipetik oleh agensi berita Korea Utara, KCNA.

Kementerian penyatuan Korea Selatan pada Khamis menyuarakan kekesalan atas kenyataan Kim dan mengutuk percubaan Korea Utara untuk menggugat kestabilan sistem Korea Selatan dan “menghasut perjuangan anti-kerajaan” di negara itu.

Korea Utara telah melancarkan berpuluh-puluh peluru berpandu ke arah Korea Selatan sejak awal 2022, termasuk peluru berpandu balistik antara benua minggu lepas. Presiden Korea Selatan itu mengarah tindakan pencegahan baharu dibuat terhadap Korea Utara serta “mengukuhkan kerjasama keselamatan antara Korea Selatan, AS serta Jepun.” Pyongyang berkata aktiviti berkaitan ketenteraannya dibuat sebagai tindak balas kepada provokasi oleh Seoul, Washington, dan Tokyo. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings