the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
26.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Buruh didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan

ALOR SETAR: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, awal bulan ini.

Lelaki berusia 56 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Pendang pada 8.40 malam, pada 10 Dis lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, tertuduh yang juga bapa kepada lima orang anak itu mempunyai hubungan persaudaraan dengan mangsa.

Hakim Jean Sharmila Jesudason kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan, tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa.

Mahkamah menetapkan 19 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syaliati Mohd Sobri manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings