the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Motac sasar kedatangan lima juta pelancong China ke Malaysia tahun ini: Tiong

SEPANG: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan kedatangan lima juta pelancong China ke Malaysia tahun ini berbanding 3.1 juta pada 2019, kata Menterinya Datuk Seri Tiong King Sing.

Tiong berkata sasaran itu ditetapkan, susulan keputusan negara itu membuka semula sempadan pada 8 Jan lepas, selepas tiga tahun sekatan yang dilaksanakan berikutan pandemik Covid-19.

“Kita gembira lihat kedatangan pelancong ke negara ini untuk pacu sektor pelancongan dan ekonomi negara.

“Saya ucapkan selamat datang ke Malaysia dan berharap pelancong dari negara lain juga melawat Malaysia,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan cenderamata sempena Tahun Baharu Cina kepada pelancong dari Hong Kong dan China, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Beliau berkata sasaran tersebut dijangka tercapai, apabila China menyambung semula perkhidmatan lawatan berkumpulan ke 20 negara termasuk Malaysia, bermula 6 Feb ini.

Negara yang tersenarai ialah Thailand, Indonesia, Kemboja, Maldives, Sri Lanka, Filipina, Rusia, Singapura, Laos, Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Kenya, Afrika Selatan, Switzerland, Hungary, New Zealand, Fiji, Cuba dan Argentina.

Tiong turut memberi jaminan setiap pelancong China yang memasuki negara ini, telah menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum berlepas dan meminta rakyat Malaysia untuk terus mengutamakan kesihatan diri, di samping menjaga prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

“Walaupun Covid-19 masih ada tetapi kita kena bergerak ke hadapan, kita sama-sama jaga kesihatan kendiri dan kita kena bergerak ke hadapan,” katanya.

Baru-baru ini Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), dilaporkan menaruh kepercayaan penuh kepada Kementerian Kesihatan (KKM) menguruskan ketibaan pelancong China, sama seperti yang mereka lakukan dengan pengembara lain dari seluruh dunia.

Tiong turut meminta pelbagai pihak untuk bekerjasama dengan MOTAC menjayakan promosi pelancongan bagi merancakkan semula sektor terbabit. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings