the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemain bola sepak legenda Firos Mohamed meninggal dunia ketika sertai perlawanan amal

IPOH: Bekas penjaga gol bola sepak Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53 tahun meninggal dunia selepas dilaporkan rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam tadi.

Penang FC dalam satu kenyataan di laman sosial rasminya telah mengesahkan perkara tersebut.

“Ahli Lembaga Pengarah dan seluruh warga kerja Penang FC mengucapkan salam takziah kepada keluarga bekas penjaga gol Pulau Pinang Firos Mohamed yang telah pulang ke rahmatullah.

“Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan beliau dalam kalangan orang yang beriman. Dari Allah kita datang, kepada-Nya kita kembali,” menurut kenyataan tersebut.

Terdahulu, beberapa video tular di media sosial memaparkan Firos rebah ketika beraksi menentang pasukan legenda dari Kedah.

Kejohanan tersebut menghimpunkan barisan legenda bola sepak dari empat negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah.

Firos Mohamed dikenali sebagai antara penjaga gol terbaik Pulau Pinang dan negara pada era 1990-an.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings