the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahli Umno Kuala Nerus hantar aduan kepada RoS tidak wakili Umno T’ganu: Ahmad Said

DUNGUN: Tindakan seorang ahli Umno Kuala Nerus menghantar aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung keputusan Perhimpunan Agung Umno 2022 adalah bersifat peribadi.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Said (gambar) berkata tindakan Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir itu tidak melambangkan pandangan atau pendirian Umno Terengganu.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Kijal menyerahkan sepenuhnya kepada pimpinan tertinggi parti untuk menentukan bentuk tindakan atau hukuman yang bakal dikenakan terhadap ahli berkenaan.

“Siapa dia (Muhammad Aizat Fikri)? Dia hanya ahli biasa sahaja. Kalau kata nak bangkit juga ada ke dibuat mesyuarat khas jawatankuasa bahagian, mesyuarat khas dan sebagainya?,“ katanya kepada pemberita selepas mengagihkan bantuan air minuman kepada kira-kira 500 penduduk Ketengah Jaya yang terjejas akibat terputus bekalan air.

Semalam, dua ahli Umno dilaporkan menghantar aduan kepada RoS supaya semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan semasa Perhimpunan Agung Umno 2022 berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata keputusan parti untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi berkenaan bukan kali pertama berlaku dalam Perhimpunan Agung Umno.

Katanya usul itu dipersetujui perwakilan memandangkan enam negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang akan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings