the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
26.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRN: Pimpinan PKR, Umno peringkat negeri sudah bincang secara tidak rasmi- Rafizi

KUALA TERENGGANU: Sudah ada perbincangan tidak rasmi antara PKR dan Umno di peringkat negeri termasuk Terengganu berkenaan Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli (gambar).

Beliau berkata bagaimanapun perbincangan itu hanyalah proses suai kenal antara kepimpinan kedua-dua parti dan bukannya melibatkan sebarang keputusan atau prinsip berhubung PRN.

“(Perbincangan mengenai PRN) belum secara rasmi. Yang berlaku sekarang secara tidak rasmi. Maksudnya di peringkat negeri masing-masing. Di Terengganu pun Nik Nazmi (Nik Ahmad Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan dan Terengganu) sudah jumpa dengan (Datuk Seri) Ahmad Said (Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu),” katanya.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PKR Negeri Terengganu di Taman Tamadun Islam di sini hari ini.

Katanya keputusan mengenai PRN termasuk pembahagian kerusi dan penggunaan logo akan terlebih dahulu dibincangkan secara rasmi oleh kepimpinan parti-parti di peringkat pusat. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings