the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga emas didakwa lakukan amang seksual, persediaan hasilkan pornografi kanak-kanak

JOHOR BAHRU: Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual dan dalam persediaan menghasilkan pornografi kanak-kanak, tiga tahun lepas.

Goh Heng Hong, 67, yang bekerja sebagai kelindan van sekolah, didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di dalam sebuah van sekolah sekitar Mac 2019 hingga Julai tahun sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 7 dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan maksimum penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail menetapkan jaminan RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan Goh perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis, selain menyerahkan pasport serta tidak mengganggu mangsa dan keluarganya hingga kes selesai.

Kes akan disebut semula 25 Januari tahun depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings