the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir: Operasi perniagaan zon bebas cukai Rantau Panjang tutup sepenuhnya – Bomba

PASIR MAS: Operasi perniagaan di zon bebas cukai Rantau Panjang ditutup sepenuhnya, berikutan keseluruhan pekan itu dinaiki air sedalam 0.3 sehingga 0.5 meter berikutan hujan lebat berterusan dan limpahan air Sungai Golok, sejak semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Anwar Abu Bakar berkata pihaknya terus membuat pemantauan dan tinjauan secara berkala, bagi memastikan keselamatan penduduk di pekan Rantau Panjang.

“Jika hujan berterusan, paras air di pekan Rantau Panjang dijangka lebih tinggi, namun kita harapkan agar cuaca kembali baik dan bah reda dengan cepat.

“Mengikut laporan yang diterima, ketiga-tiga pintu masuk utama ke pekan digenangi air sejak malam tadi dan hanya kenderaan berat sahaja yang boleh melalui jalan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyertai misi menyelamat mangsa banjir, di sini hari ini.

Anwar berkata setakat ini sebahagian besar mangsa banjir di kawasan kritikal sudah selamat dipindahkan ke tempat yang lebih selamat dan pusat pemindahan sementara yang berhampiran mereka.

“Kerjasama dengan agensi keselamatan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) turut melancarkan operasi banjir kali,” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings