the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rasuah bulanan: Pengarah bahagian kementerian antara tiga individu ditahan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk seorang pengarah bahagian sebuah kementerian bergelar Datuk kerana disyaki menerima wang rasuah secara bulanan dengan jumlah besar.

Menurut sumber SPRM, pengarah bahagian bersama seorang perunding projek dan seorang pengarah syarikat binaan yang kesemuanya dalam lingkungan 40-an itu ditahan di sekitar Putrajaya dan Ibu Pejabat SPRM di sini antara pukul 11 pagi hingga 9 malam semalam.

Menurutnya kesemua mereka disyaki menerima wang rasuah secara bulanan daripada kontraktor-kontraktor yang mendapat projek di kementerian terbabit.

“Wang rasuah itu merupakan bayaran daripada kontraktor-kontraktor yang telah dilantik oleh kementerian terlibat sebagai balasan untuk mempercepatkan proses bayaran tuntutan, membantu meluluskan Arahan Perubahan Kerja (Variation Order) dan Lanjutan Tempoh Masa (Extension of Time) projek,” kata sumber itu.

Sumber itu berkata pengarah bahagian itu juga dipercayai menerima suapan wang secara bulanan selain mendapat sogokan seperti barang-barangan mewah untuk kegunaan peribadi.

Difahamkan pengarah bahagian kementerian itu kini direman tujuh hari, manakala dua lagi direman selama tiga hari, bermula hari ini.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim yang mengesahkan penahanan itu berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings