the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Had laju jalan persekutuan dikurangkan 10km/j sempena Tahun Baharu Cina

DENGKIL: Had laju di jalan persekutuan di seluruh negara dikurangkan 10 kilometer sejam (km/j) bersempena perayaan Tahun Baharu Cina, bermula esok hingga 27 Jan ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (gambar) berkata sepanjang tempoh itu, had laju di jalan persekutuan diturunkan kepada 80km/j berbanding 90km/j.

“Ini merupakan antara langkah keselamatan dan pemantauan diambil kerajaan bagi meningkatkan keselamatan serta mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang sering berlaku pada musim perayaan,“ katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan 2023, di sini hari ini.

Operasi tahunan bertemakan ‘Pandu Cermat, Sampai Selamat’ itu merupakan jalinan kolaborasi strategik kali pertama antara Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pengangkutan (MoT).

Nanta berkata pihaknya telah mengenal pasti 76 lokasi kerap berlaku kemalangan di jalan persekutuan dan akan terus memantau lokasi berkenaan.

Bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna di jalan persekutuan, beliau berkata kerajaan telah melaksanakan kerja pembaikan di 53 lokasi kerap berlaku kemalangan (blackspots) melibatkan kos sebanyak RM17.2 juta dan memasang lampu jalan di 40 lokasi dengan kos sebanyak RM4.7 juta pada tahun lepas melalui program Menaiktaraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings