the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ribuan sertai perarakan grand Dubai sempena Tahun Baharu Cina

DUBAI: Ribuan penonton menyaksikan perarakan sambutan Tahun Baharu Cina pada Sabtu di Expo City Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Perarakan Besar Selamat Tahun Baharu Cina sepanjang dua kilometer itu menarik ribuan penonton,“ menurut Xinhua.

Sebelum perarakan itu Duta Besar China Zhang Yiming berkata “ia adalah ‘Tahun Baharu Kecil’ pada hari Sabtu mengikut kalendar lunar Cina, menandakan Festival Musim Bunga atau Tahun Baharu Cina semakin hampir”.

Tahun Baharu Cina jatuh pada 22 Januari 2023, menandakan permulaan tahun Arnab.

“Perarakan besar tahun ini mempamerkan semangat ketekunan, keberanian, perpaduan, kerjasama dan ketabahan masyarakat Cina. Ia juga mengambarkan keyakinan dan keazaman rakyat China dan UAE untuk mencipta kehidupan yang lebih baik,“ kata Zhang.

Perarakan itu membabitkan lebih 60 formasi dan 20 kereta berhias yang meraikan budaya dan tradisi Cina, menurut Li Xuhang, konsul jeneral China di Dubai.

“Lebih 300,000 anggota masyarakat Cina di luar negara memulakan perniagaan dan bekerja keras di UAE, bertapak di kawasan tempatan dan mempromosi persahabatan China-UAE,“ kata duta besar China itu.

Selain pancaragam, pertunjukan tarian singa dan naga, tanglung merah dan perhiasan berwarna terang lain, perarakan besar itu turut menampilkan kenderaan tenaga baharu China.

Manal AlBayat, ketua pegawai penglibatan Expo 2020 Dubai, berkata “selain Expo City Dubai terus berkembang sebagai bandar masa depan yang bersih, hijau, dipacu inovasi dan tuan rumah COP28 yang akan datang, kami mengiktiraf peranan China yang membawa perubahan dan kemajuan mampan”.

Acara itu dianjurkan oleh Kedutaan China di UAE, Konsulat Jeneral Republik Rakyat China di Dubai, dan Inisiatif Hala China, satu inisiatif yang bertujuan meneroka peluang menarik pengunjung China.

Ia turut disokong oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China, dengan Expo City Dubai sebagai rakan strategik. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings