the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

RM3.04 juta disalurkan kepada 17 pertubuhan pemulihan dalam komuniti di Melaka

MELAKA: Sebanyak RM3.04 juta akan disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka kepada 17 Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti di negeri ini bagi tempoh setahun bermula Mac depan.

Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Noordin (foto) berkata peruntukan berkenaan bagi menampung kos yang ditanggung Pusat Pemulihan Dalam Komuniti dalam menyediakan perkhidmatan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) seperti sagu hati penyelia, petugas, elaun pelatih, sewaan premis dan utiliti.

“Peruntukan yang disalurkan itu diharap dalam meringankan beban pengurusan Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti walaupun pada dasarnya ia tidak mencukupi kerana pengoperasian Pusat Pemulihan Dalam Komuniti memerlukan perbelanjaan yang agak besar.

“Justeru kami berharap, selain bergantung pada peruntukan sedia ada, pihak Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti dapat mencari dana tambahan daripada syarikat swasta atau korporat,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Penutup Program Mini Karnival Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Peringkat Negeri Melaka yang turut dihadiri Pengarah JKM Burhanuddin Bachik.

Mengulas lanjut, Kalsom berkata kerajaan negeri juga bercadang mewujudkan program anak angkat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti melibatkan syarikat swasta atau korporat khususnya bagi membantu meringan kos perbelanjaan yang ditanggung pusat berkenaan.

“Selain itu, menerusi program anak angkat berkenaan lebih banyak aktiviti dapat dianjurkan dan memberi manfaat untuk golongan OKU yang didaftarkan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti terlibat,“ katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata ibu bapa yang mempunyai anak OKU disaran mendaftarkan anak mereka di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti agar dapat menjalani program dan aktiviti pemulihan serta pendidikan yang dilaksanakan dalam komuniti.

Katanya selain itu, golongan OKU yang berdaftar di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti akan menerima elaun khas berjumlah RM150 sebulan selain makanan dan minuman mereka di pusat tersebut.

“Setakat ini, kami mempunyai kira-kira 450 pelatih atau golongan OKU yang berdaftar di 17 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang ada di Melaka.

“Saya sarankan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa untuk berdaftar di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti berhampiran demi manfaat mereka,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings