the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
26.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Status Sabah, Sarawak sebagai wilayah belum diwartakan: Abang Johari

KUCHING: Status Sarawak dan Sabah sebagai wilayah dalam Malaysia masih belum diwartakan, dan isu berkenaan hanya akan dibincangkan dalam mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) antara kerajaan Persekutuan serta Sarawak yang dijadualkan pada 19 Jan ini,

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata perubahan status kedua-dua negeri itu sebagai wilayah itu buat masa ini adalah pada peringkat cadangan sahaja.

“(Status Sabah dan Sarawak sebagai wilayah) belum lagi diwartakan. Pewartaan sebagai wilayah itu hanya cadangan sahaja, dan dari mula lagi memang kita (Sabah dan Sarawak) sepatutnya (berstatus) wilayah tapi keadaannya berubah dalam 60 tahun, jadi sebab itu kita meminda Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di Program Hari Bebas Kereta Kuching di sini hari ini beliau berkata, kerajaan Persekutuan akan diminta untuk memuktamadkan sama ada kedua-dua negeri Borneo itu akan diwartakan sebagai wilayah dalam mesyuarat itu yang turut melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar.

Anwar dijangka mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Sarawak pada 18 dan 19 Jan ini, lawatan pertama beliau ke negeri ini sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 Nov tahun lepas.

Jumaat lepas Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan dasarnya pada perhimpunan agung parti itu berkata kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia bukan lagi berstatus negeri sebaliknya wilayah, bagaimanapun beliau tidak menyatakan sejak bila status berkenaan berkuat kuasa. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Fahmi seeks bipartisan support for AG-PP separation bill

The government hopes to secure two-thirds majority backing from MPs, including the opposition, for the Constitutional (Amendment) Bill 2026 on separating the roles of the Attorney-General and Public Prosecutor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings