the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mangsa pemerdagangan manusia di Myanmar, dipukul dengan kayu renjatan elektrik

IPOH: Seorang remaja yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia menerusi sindiket penipuan pekerjaan, terkandas di Myanmar sejak Mei lepas dan turut dipukul dengan kayu renjatan elektrik.

Nenek mangsa yang ingin dikenali sebagai Madam Chong, 61, berkata dia mengetahui cucunya ingin bekerja di Thailand namun terkejut apabila diberitahu bahawa dia dibawa ke Myanmar.

“Cucu saya iaitu Yang, 19, menghubungi melalui Facebook Messenger meminta tolong untuk pulang ke Malaysia, namun syarikat sindiket tersebut mahukan wang pampasan lebih RM115,000,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata cucunya sudah berada di sana kira-kira enam bulan dan diarahkan untuk melakukan kerja memperdaya orang atau sebagai ‘scammer’ secara dalam talian.

“… jadi cucu saya dipukul menggunakan kayu renjatan elektrik,” katanya.

Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Perak Low Guo Nan berkata pihaknya telah membawa Madam Chong membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada Isnin.

“Kami akan mengumpulkan maklumat dan panjangkan kepada Polis Antarabangsa (INTERPOL) serta kedutaan Myanmar agar pihak berkenaan dapat bertindak,” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings