the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KKM fokus naik taraf hospital, fasiliti kesihatan

SEGAMAT: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memfokuskan kepada penambahbaikan hospital dan fasiliti di semua pusat kesihatan awam di seluruh negara, kata menterinya Dr Zaliha Mustafa.

“Kita (KKM) teruskan yang masih dalam pembinaan, jadi setakat ini kita belum memikirkan pembinaan hospital baharu.

“Kita akan fokus pada tambah baik, meningkatkan fasiliti di hospital dan juga di pusat kesihatan atau fasiliti KKM termasuk di Sabah dan Sarawak,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengedarkan buah limau kepada orang awam sempena sambutan Tahun Baharu Cina di pasar raya U Sentral Segamat di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Dr Zaliha yang juga Ahli Parlimen Sekijang berkata KKM tidak menjangkakan kenaikan mendadak kes Covid-19 ketika sambutan Tahun Baharu Cina ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kementerian akan terus memantau secara rapat perkembangan kes Covid-19 seluruh negara setiap hari.

“Kita ada pengalaman dengan perayaan sebelum ini dan terakhir Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), walaupun kita jangka ada peningkatan tetapi tidak. Bagaimanapun, kita tetap berhati-hati,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings