the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KKM akan lakukan projek rintis penggunaan ubat PrEP: Dr Zaliha

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan melakukan projek rintis berkenaan penggunaan ubat PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) di beberapa hospital bagi menilai keberkesanan dan keselamatannya dalam mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV.

Menterinya Dr Zaliha Mustafa (gambar) berkata projek rintis itu perlu sebelum ubat berkenaan diperakukan oleh kementeriannya untuk kegunaan awam.

“Penggunaannya telah dikaji. Kita telah bincang dengan pakar-pakar agama untuk tahu dari sudut hukum dan sebagainya dan kalau lihat penggunaannya, bukan hanya kepada golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) tetapi ada beberapa lagi golongan lain yang akan menggunakan untuk hasil lebih baik supaya kita dapat menyekat penularan HIV,” katanya.

Dr Zaliha berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pengoperasian Pusat Jantung Hospital Serdang di sini hari ini.

Penggunaan ubat PrEP dikatakan berkemampuan mengurangkan risiko jangkitan HIV menerusi seks sebanyak kira-kira 90 peratus apabila diambil mengikut preskripsi yang ditetapkan.

Mengenai isu penyelewengan dana berkaitan pengurusan Covid-19 yang dianggarkan sebanyak RM530 bilion, Dr Zaliha berkata di peringkat kementeriannya isu itu akan dibincangkan dalam masa terdekat.

Pada Jumaat lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan siasatan awal badan itu mendapati jumlah peruntukan yang terlibat berhubung isu penyelewengan dana berkaitan pengurusan Covid-19 dianggarkan sebanyak RM530 bilion.

SPRM memaklumkan daripada jumlah itu RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan manakala RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology secures transformational US$2.5 billion five-year AI GPUaaS compute contract

Gorilla Technology Group (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla"), a global provider of AI-driven infrastructure, security intelligence and data solutions, today announced that it has signed a five-year AI compute infrastructure contract with a high investment-grade global technology customer for deployment at the NeutraDC Batam data centre in Indonesia.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings