the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan Terengganu kenal pasti lokasi hab ternakan ayam telur

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu mengenal pasti tanah seluas 120 hektar di daerah Setiu untuk dimajukan sebagai hab penternakan ayam telur.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri Dr Azman Ibrahim berkata usaha itu bagi mengatasi masalah kekurangan telur dalam negeri dan juga mengelak kebergantungan kepada sumber luar.

Beliau berkata setakat ini pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa pelabur tempatan dan masing-masing menunjukkan minat untuk membuka ladang ternakan ayam telur di kawasan berkenaan.

“Kerajaan negeri mengalu-alukan kedatangan pelabur untuk membuka ladang ternakan ayam telur di Setiu dalam usaha memenuhi keperluan dalam negeri yang sentiasa meningkat saban tahun.

“Setakat ini kita dah adakan perbincangan dengan dua tiga syarikat termasuk pelabur dari Melaka yang kebetulan memiliki ladang ternakan ayam pedaging di Terengganu,“ katanya selepas melakukan tinjauan agihan telur di Pusat Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Chendering di sini, hari ini.

Dr Azman berkata projek ternakan ayam telur itu dijangka dimulakan pertengahan tahun ini dengan menggunakan model atau mekanisme sama seperti projek pertanian lain di negeri ini.

Katanya kerajaan negeri akan menyediakan tapak serta kemudahan asas yang lengkap di samping beberapa bentuk bantuan lain untuk menarik pelabur, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana ekonomi masyarakat setempat.

“Kita letakkan sasaran untuk memiliki sumber telur sendiri dalam tempoh satu atau dua tahun daripada sekarang. Kita dah buat perkara sama untuk ladang ternakan ayam daging dan setakat ini Terengganu dah ada 138 buah ladang ayam daging dan mampu memenuhi 65 peratus keperluan dalam negeri,“ katanya.

Dalam pada itu Dr Azman berkata kerajaan negeri juga tidak berhasrat untuk mengimport telur dari negara lain termasuk Thailand bagi memenuhi permintaan pasaran, kerana harganya lebih mahal dan kurang berkualiti.

Katanya lagi, bermula pertengahan Disember tahun lepas, FAMA Terengganu telah membawa masuk lebih 340,000 ribu biji bekalan telur dari negeri lain untuk memenuhi keperluan kira-kira 3 juta penduduk negeri ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings