the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perak bakal miliki Esport Youth Cabin pertama hujung tahun ini

IPOH: Perak bakal memiliki pusat sukan elektronik (e-sukan), Esport Youth Cabin, pertama di negeri ini menjelang Disember ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pusat yang akan dibina bersebelahan velodrome rakyat itu, dijangka menjadi hab komuniti dan tempat penganjuran kejohanan e-sukan di Perak.

“Saya berharap dengan pembinaan pusat ini dapat mengumpulkan anak muda dalam sesebuah program e-sukan dan menjadi sumber pendapatan kepada rakyat Perak,” katanya hari ini.

Terdahulu, Ahmad Faizal menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Persatuan Sukan Elektronik Perak bersama rakan strategik Homebios dan MAD ESport Championship bagi mengumpulkan pemain dari setiap negeri untuk berlatih di pusat latihan Akademi Homebois.

Esport Youth Cabin di Perak merupakan pusat e-sukan kedua selepas pembinaannya di Kepala Batas, Pulau Pinang yang boleh memuatkan 500 orang pada satu-satu masa.

Ia menempatkan antaranya arena e-sukan yang mempunyai fasiliti bertaraf antarabangsa dan penginapan atau asrama bercirikan kabin yang dilengkapi dengan kafe ‘hipster’.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings