the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
26.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengarah, pemilik syarikat direman bantu siasatan kes tuntutan palsu

ALOR SETAR: Seorang pengarah dan pemilik sebuah syarikat direman empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berkaitan insentif pembayaran Projek Penternakan Lembu Tenusu di Kedah berjumlah RM20.3 juta pada 2015.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nurshahida Abdul Rahim terhadap dua lelaki berusia 51 dan 52 tahun selepas permohonan reman dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Alor Setar hari ini.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 51 tahun yang juga pengarah syarikat ditahan di Pejabat SPRM Kedah pada 1 tengah hari sebelum seorang lagi lelaki berusia 52 tahun, juga pemilik syarikat ditahan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Simpang Renggam, Johor pada 3 petang semalam.

Penahanan tersebut berikutan maklumat mengatakan pada 2015, beberapa buah syarikat dipercayai bersubahat mengemukakan tuntutan palsu berkaitan insentif pembayaran Projek Penternakan Lembu Tenusu.

“Projek itu di bawah Kluster Tenusu Entry Point Project 13 (EPP 13) Economy Transformation Plan (ETP) yang bernilai RM20.3 juta (dengan tuntutan itu dibuat) kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedangkan tiada pembekalan dibuat…RM20.3 juta ini nilai projek keseluruhan, (nilai) tuntutan (masih) dalam semakan, tetapi (dipercayai) cecah jutaan ringgit,” menurut sumber.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan berkenaan dan berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Fahmi seeks bipartisan support for AG-PP separation bill

The government hopes to secure two-thirds majority backing from MPs, including the opposition, for the Constitutional (Amendment) Bill 2026 on separating the roles of the Attorney-General and Public Prosecutor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings