the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Badan kehakiman alu-alukan penambahbaikan, pindaan akta JAC: Tengku Maimun

PUTRAJAYA: Badan kehakiman mengalu-alukan penambahbaikan atau pindaan kepada Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 bagi memastikan badan kehakiman bebas sepenuhnya daripada eksekutif, kata Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Bagaimanapun, beliau berpandangan peruntukan berkaitan pelantikan hakim-hakim dalam Perlembagaan Persekutuan juga perlu diteliti selari dengan pindaan dan penambahbaikan akta itu.

“Dalam erti kata lain, kita tidak akan mencapai maksud wujudnya satu keadaan di mana pelantikan hakim bebas sepenuhnya daripada badan eksekutif jika peruntukan sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa pelantikan hakim perlu melalui proses rundingan dengan Perdana Menteri masih kekal,” kata beliau.

Tengku Maimun berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Sebelum ini Majlis Raja-Raja mencadangkan agar pelantikan lima daripada sembilan anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) tidak lagi dibuat oleh Perdana Menteri, agar keanggotaan suruhanjaya itu lebih seimbang dan tidak membawa kepentingan mana-mana pihak.

Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah dari segi sistem kehakiman, Majlis Raja-Raja bertanggungjawab dalam melantik hakim-hakim di Malaysia dan proses pelantikan hakim pada masa ini dilihat mempunyai kelemahan serta boleh diperbaiki termasuk keanggotaan JAC.

Mengenai cadangan Badan Peguam Malaysia untuk menaikkan umur persaraan hakim daripada 65 kepada 70 tahun, Tengku Maimun berkata perkara itu tidak pernah dibincangkan.

“Kami tidak membincangkan umur persaraan untuk hakim. Tiada keputusan diambil secara kolektif, tetapi saya rasa tidak ada salahnya untuk meneliti perkara itu.

“Jika ada hakim merasakan usia sekarang adalah usia ideal, mereka boleh sahaja bersara awal tanpa menunggu umur persaraan wajib,” kata Tengku Maimun.

Sementara itu, semasa ditanya media mengenai kenaikan gaji hakim, Tengku Maimun berkata ia tidak berlaku sejak beliau memegang jawatan Ketua Hakim Negara.

“Kali terakhir (kenaikan gaji hakim), tidak silap saya pada 2017. Ia sebelum saya memegang jawatan berkenaan. Saya percaya isu semakan gaji ini daripada badan kehakiman sendiri sebelum kertas cadangan diserahkan kepada kerajaan,” kata Tengku Maimun. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings