the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga pegawai imigresen ditahan kes seludup, pemerdagangan manusia di KLIA, JB

JOHOR BAHRU: Tiga pegawai imigresen ditahan membabitkan kes penyeludupan dan pemerdagangan manusia di beberapa lokasi di Sepang, Iskandar Puteri dan Johor Bahru, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud (gambar) berkata tangkapan itu membabitkan kes penyeludupan warga asing di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), di Iskandar Puteri pada 12 Okt; Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 1 Nov dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, dua hari lepas.

“Operasi pertama di KSAB, seorang pegawai ditahan dan disiasat serta berada dalam jaminan polis, kedua (kes seludup) di Kota Bahru Kelantan, tetapi tiada pegawai imigresen terlibat.

“Di KLIA2 pula, seorang pegawai imigresen telah direman dan akan dituduh sewajarnya di bawah Akta Antipemerdagangan Orang, manakala terbaru di BSI pada 7 Nov, seorang pegawai imigresen disiasat,” katanya pada sidang media di BSI, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Imigresen Johor Baharuddin Tahir.

Khairul Dzaimee berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes penyeludupan warga asing yang dipercayai melibatkan pegawai imigresen.

Selain itu, beliau turut menegaskan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak akan berkompromi dan menjelaskan individu yang terlibat akan disiasat dan berdepan tindakan tegas termasuk dibuang kerja sekiranya didapati bersalah sepertimana yang dimaklumkan Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Hamzah Zainudin semalam.

“Penglibatan pegawai ini tidak menggambarkan tahap keseluruhan integriti jabatan, ini hanyalah kes terpencil yang hanya melibatkan segelintir kecil pegawai sahaja,” katanya.

Pada 12 Okt lepas, JIM menahan 25 pendatang tanpa izin warga Indonesia yang dipercayai memasuki negara ini menerusi pintu sempadan di KSAB, manakala enam lelaki warganegara India ditahan di KLIA2 pada 1 Nov.

Pada dua hari lepas, seramai 12 pendatang tanpa izin warga Indonesia pula ditahan semasa pemeriksaan di CIQ BSI.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings