the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

GRS sedia buktikan sokongan kepada Hajiji sebagai Ketua Menteri: Masidi

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersedia untuk membuktikan keabsahan sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah kepada Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata ini kerana difahamkan ada pihak tertentu mendakwa telah memperoleh sokongan lebih separuh daripada ADUN Sabah untuk membolehkan kumpulan ini menubuh sebuah kerajaan negeri yang baharu.

Katanya, Hajiji telah menerima perakuan dan sokongan majoriti besar ADUN Sabah untuk terus memimpin kerajaan negeri masa ini termasuk sokongan daripada tujuh ADUN Pakatan Harapan (PH).

“Kami bersedia membuktikan keabsahan sokongan tersebut kepada pihak berwajib apabila dan sekiranya perlu.

“Suasana dan kedudukan politik di Sabah kekal stabil dan selamat untuk urusan perniagaan dan pelaburan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

DUN Sabah mempunyai 79 ADUN iaitu 73 ADUN yang dipilih dan enam ADUN dilantik.

Kerajaan Sabah pada masa ini mempunyai sokongan 59 ADUN iaitu 29 daripada GRS, Barisan Nasional (17), PH (7), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (3), Parti Bangsa Malaysia (1), Parti Harapan Rakyat Sabah (1), dan seorang ADUN Bebas. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings