the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Korea Selatan gesa orang ramai henti siar komen kebencian, rakaman tragedi Itaewon

SEOUL: Perdana Menteri Korea Selatan Han Duck Soo pada Isnin menyeru orang ramai supaya tidak menyiarkan komen berunsurkan kebencian atau berkongsi rakaman dan maklumat yang tidak sah mengenai rempuhan maut yang mengorbankan lebih 150 nyawa pada Sabtu, lapor Agensi Berita Yonhap.

“Sesetengah pengguna media social didapati menyiarkan komen berunsurkan kebencian mengenai mangsa dan berkongsi maklumat salah serta rakaman provokasi mengenai insiden itu.

“Saya merayu agar pengguna media sosial menghentikan tindakan seperti ini” kata Han dalam sesi mesyuarat maklum balas kerajaan pusat.

Kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk memberi bantuan kepada ahli keluarga mangsa mengenai prosedur pengebumian termasuk mereka yang di luar Seoul dan dari luar negara.

Insiden berlaku pada Sabtu malam apabila sekumpulan besar pengunjung berkumpul sempena pesta Halloween dan memenuhi lorong sempit selebar 3.2 meter di Itaewon, Seoul.

“Kerajaan akan meneliti secara menyeluruh punca kemalangan dan melakukan yang terbaik bagi menyemak semula dasar yang diperlukan supaya tragedi seperti itu tidak berulang,“ kata Han.

Beliau juga meminta majlis perbandaran Seoul dan pejabat Yongsan Ward untuk meningkatkan usaha tindak balas termasuk menjalankan upacara keagamaan.

Han turut menyampaikan penghargaannya kepada orang ramai yang terlibat dalam usaha menyelamat di tempat kejadian.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings