the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRU15: Rumah ibadat zon aman daripada pengaruh parti politik – Mufti Kelantan

KOTA BHARU: Jadikan rumah ibadat seperti masjid, surau dan musolla sebagai ‘zon aman’ daripada pengaruh parti politik, demikian ingatan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad kepada calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan jentera parti di Kelantan.

Mengingatkan mereka untuk tidak menggunakan rumah ibadat di kawasan masing-masing sebagai tempat berkempen atau ceramah, mufti itu berkata semua parti politik perlu menghormati rumah ibadat tanpa diganggu-gugat oleh suasana yang boleh menimbulkan perbalahan dan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

“Masjid, surau dan musolla ini kena bersih daripada kempen atau ceramah politik yang boleh mendatangkan fitnah, perpecahan dan perbalahan kerana selain tempat untuk kita beribadat ia juga merupakan tempat penyatuan ummah.

“Oleh itu, masjid perlu dijadikan zon aman daripada pengaruh mana-mana parti politik dan perlu menghormati peraturan serta arahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohamad Shukri berkata sekiranya terdapat mana-mana calon parti atau jentera yang menggunakan masjid, surau dan musolla sebagai tempat berkempen dan sebagainya, orang ramai diminta supaya melaporkan segera kepada pihak berwajib.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings