the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Saya tidak tandatangan aku janji dengan kepala surat Umno: KJ

SUNGAI BULOH: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh Khairy Jamaluddin berkata beliau ada menandatangani surat dengan kepala surat (letterhead) BN selaku calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), dan bukannya sebarang surat aku janji dengan kepala surat Umno, seperti yang tular sejak beberapa hari lepas.

Beliau berkata surat yang ditandatanganinya itu antara lain menyentuh mengenai kesetiaan kepada BN dan tidak lompat parti.

“Kita sign aku janji yang ada kaitan dengan logo empat parti (di bawah BN) dan kesetiaan kepada parti atas letterhead BN, itu yang saya tandatangan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan peringkat HSB di sini hari ini.

“Tak ada saya tandatangan surat dengan letterhead Umno yang menyatakan aku janji seperti yang ditularkan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas maklumat yang tular di media tular mengenai surat dengan kepala surat Umno yang memaparkan tandatangan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dan Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan, yang antara lain menyatakan ikrar calon Umno dan BN yang menang pada PRU15 untuk mencalonkan serta menyokong Ahmad Zahid sebagai perdana menteri,

Bagaimanapun Ahmad telah menafikan surat berkenaan, dan menganggap ia sebagai fitnah terhadap BN dan Umno.

Khairy yang juga Menteri Kesihatan mengulangi pendirian bahawa calon perdana menteri ke-10 adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan tiada sebarang perubahan berkenaan perkara itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings