the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wang pusaka ibu lebur akibat pelaburan tak wujud

KUANTAN: Tindakan seorang pelajar tingkatan enam menggunakan wang pusaka arwah ibunya membawa padah selepas pelaburan di media sosial Telegram yang disertainya tidak wujud.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa yang berusia 19 tahun mendakwa kerugian RM22,300 selepas menyertai pelaburan itu 14 Dis lepas.

Beliau berkata pelajar wanita itu mengeluarkan modal pendahuluan RM1,000 untuk mendapatkan nombor pengenalan dan kata laluan ke laman web pelaburan itu dengan dijanjikan akan menerima pulangan dalam tempoh tiga jam.

“Mangsa mendakwa semakan di laman web itu menyatakan dia telah mendapat pulangan sebanyak RM16,000, namun terpaksa membuat bayaran sebelum dapat mengeluarkan wang tersebut, menyebabkan dia menggunakan wang pusaka arwah ibunya,“ katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Ramli berkata mangsa akhirnya menyedari pelaburan itu sebenarnya tidak wujud selepas tidak memperoleh wang dijanjikan dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera, semalam.

Dalam perkembangan lain, pesara yang dikenali sebagai Ng, 58, mendakwa kerugian hampir RM100,000 termasuk simpanannya dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selepas diperdayakan sindiket Macau Scam sejak 21 Dis lepas.

Ng berkata dia dihubungi seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan sedang menyiasat kes pengedaran dadah melibatkan dirinya.

“Lelaki itu mengatakan wang simpanan saya akan diperiksa oleh Bank Negara Malaysia (BNM) supaya tidak berkait dengan kes dadah. Panggilan seterusnya disambung kepada seorang wanita yang mengatakan dirinya pegawai BNM yang kemudiannya menghantar satu pautan menerusi WhatsApp.

“Wanita itu meminta saya untuk mengisi maklumat peribadi termasuk maklumat perbankan yang dikatakan bagi tujuan semakan BNM,“ katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu di sini hari ini yang turut dihadiri Ahli DUN Chan Chun Kuan.

Ng berkata beliau hanya menyedari wang simpanannya berkurangan pada 29 Dis lepas setelah membuat semakan di bank, justeru membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada hari yang sama. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Thailand Launches FastPass Program, Unlocking USD 21 billion in Strategic High-Tech Investment

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Prime Minister Anutin Charnvirakul formally launched Thailand FastPass at Government House, mobilizing over USD 21 billion (approximately 700 billion baht) in strategic high-tech investment.

Hydrowash Detailing Pte Ltd Named Distinguished Brand of the Year, Strengthening Its Position in...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Hydrowash Detailing Pte Ltd, a Singapore-based automotive detailing company, has been honoured with the Distinguished Brand of the Year award, recognising the company's commitment to service excellence, customer satisfaction, and innovation in automotive care.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings