the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pesakit Alzheimer di seluruh dunia mungkin cecah 139 juta menjelang 2050: Laporan

ANKARA: Jumlah pesakit Alzheimer di dunia mungkin mencecah 139 juta menjelang 2050, menurut laporan terbaharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pada masa ini terdapat lebih 55 juta pesakit Alzheimer di seluruh dunia, dan angka berkenaan dijangka meningkat kepada 78 juta menjelang 2030 dan 139 juta pada 2050, menurut Agensi Anadolu.

Pada 21 Sept, Hari Alzheimer Sedunia disambut bagi meningkatkan kesedaran serta menyokong individu yang terjejas akibat penyakit itu.

Setiap tahun, beribu-ribu orang mati di seluruh dunia akibat penyakit berkenaan, sejenis keadaan yang menyebabkan seseorang hilang ingatan atau demensia, dan penurunan fungsi kognitif akibat kematian sel-sel otak dari semasa ke semasa.

Lebih daripada 60 peratus pesakit Alzheimer tinggal di negara berpendapatan rendah dan sederhana, dengan 10 juta kes baharu direkodkan setiap tahun.

WHO mendedahkan bahawa penyakit Alzheimer merupakan punca kematian ketujuh paling biasa di seluruh dunia, dan jumlah pesakit diramal meningkat hampir tiga kali ganda menjelang 2050.

Pada masa ini tiada rawatan khusus tersedia untuk menyembuhkan atau memperlahankan demensia.

Data penyelidikan mendapati orang ramai boleh mengurangkan risiko demensia dengan kerap bersenam, tidak merokok dan minum minuman beralkohol, mengawal berat badan, makan secara sihat, dan mengekalkan tekanan darah, kolesterol dan paras gula dalam darah. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings