the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Istana Negara, bangunan ikonik sekitar KL bersolidariti nyalakan cahaya jingga

KUALA LUMPUR: Istana Negara dan beberapa lokasi mercu tanda di ibu negara dilimpahi cahaya berwarna jingga malam ini sebagai tanda solidariti dan sokongan sempena sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2022 hari ini.

Sinaran cahaya jingga menerangi tiga lokasi strategik di sekitar Istana Negara bermula 8 hingga 10 malam iaitu Pintu Gerbang Utama, Dataran Kawad dan Kubah Anjung Utama.

Tinjauan Bernama mendapati bangunan ikonik seperti Menara Kuala Lumpur mula disinari cahaya berwarna jingga seawal 7.30 malam dan ia jelas kelihatan dari Istana Negara.

Pada Mei 2020, Istana Negara turut disinari cahaya biru di waktu malam sebagai tanda menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan negara dalam memerangi wabak COVID-19.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Dr Siti Nor Emyliana Su’aif berkata program yang diraikan di serata dunia itu merupakan resolusi serta usaha dalam meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan pesakit.

“Warna jingga telah dipilih sebagai warna rasmi bagi Hari Keselamatan Pesakit Sedunia sekali gus menjadi simbol Perlindungan Kesihatan Sejagat. Fokus bagi sambutan tahun ini adalah ‘Medication Without Harm’,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata warga kota boleh memberikan sokongan kepada program berkenaan dengan menyertai pertandingan fotografi sempena ‘KL in Orange’ malam ini.

“Sokongan boleh ditunjukkan dengan memuat naik gambar monumen dalam media sosial dan tarikh tutup pertandingan adalah pada 20 Sept ini. Sijil penyertaan akan diberikan kepada 10 peserta terbaik,” katanya.

Pada Isnin lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di Facebook beliau berkata tiga lokasi ikonik iaitu KLCC Lake Symphony Fountain, Menara Kuala Lumpur dan Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan disinari dengan penyalaan lampu berwarna jingga.

Selain itu, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Rehabilitasi Cheras, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dan Institut Perubatan Respiratori turut menyertai program solidariti tersebut.

Hari Keselamatan Pesakit Sedunia disambut pada 17 Sept setiap tahun bertujuan menyeru perpaduan global dan tindakan bersepadu oleh semua pihak untuk meningkatkan keselamatan pesakit serta mengiktirafnya sebagai keutamaan kesihatan global.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hotel in Bugis Singapore: Where to stay for culture, dining and heritage

For travellers searching for a luxury hotel in Bugis Singapore, Frasers House, a Luxury Collection Hotel, Singapore offers a refined base for culture, dining and heritage discovery. Set in the vibrant Bugis and Bras Basah district, the hotel places guests close to Arab Street, Kampong Glam and Marina Bay while delivering unparalleled luxury and essential city connections.

From race circuit to global supply chains: DHL powers Formula E’s boldest season yet...

As the ABB FIA Formula E World Championship returns to Shanghai for the 2025/2026 Season, the world's premier all-electric racing Championship accelerates into its most ambitious chapter yet with a record 17 races across 11 global cities, including new circuits in Madrid and Miami.

China Hong Kong Motorsports Centre launches HK Youth Karting Championship 2026

China Hong Kong Motorsports Centre ("CHKMC") is pleased to announce the launch of HK Youth Karting Championship 2026, a new karting championship scheduled to take place on 15 (Sat) – 16 (Sun) August 2026 at Guangzhou Conghua International Circuit.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings