the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Covid-19: Kes baharu mingguan meningkat 8.5 peratus – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 11,957 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-41 (ME 41/2022) iaitu dari 9 hingga 15 Okt, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kes baharu pada ME 41 meningkat 8.5 peratus, berbanding 11,018 kes yang dicatatkan pada minggu sebelumnya (ME 40).

“Bilangan kes tempatan Covid-19 meningkat sebanyak 8.5 peratus kepada 11,916 kes berbanding 10,987 kes (minggu sebelumnya),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata bilangan kes import pada ME 41 turut meningkat iaitu sebanyak 32.3 peratus dengan 41 kes dicatatkan berbanding 31 kes pada ME 40.

Bilangan kes kematian pada ME 41 menurun 29.2 peratus daripada 24 kes kepada 17 kes, sementara bilangan kes sembuh menurun 13.2 peratus kepada 11,180 kes berbanding 12,882 kes pada ME 40.

Dr Noor Hisham berkata purata kes aktif setiap hari bagi ME 41 ialah 22,725, iaitu menurun sebanyak tiga peratus berbanding minggu sebelumnya.

Beliau berkata jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan termasuk hospital dan Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) awam bagi setiap 100,000 penduduk secara keseluruhan tidak menunjukkan perubahan pada ME 41 berbanding ME 40.

Katanya, jumlah kemasukan pesakit kategori satu dan dua tidak berubah, namun jumlah pesakit kategori tiga, empat dan lima meningkat sebanyak 16.7 peratus.

Menurutnya, peratus pengisian katil fasiliti Covid-19 pada ME 41 berbanding ME 40 bagi katil bukan kritikal tidak berubah, menurun dua peratus bagi katil unit rawatan rapi (ICU) dan masih tiada katil Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang aktif.

Beliau berkata dari 25 Jan 2020 iaitu ME 4 hingga 8 Okt 2022 (ME 41) secara kumulatif sebanyak 4,865,480 kes baharu Covid-19 dicatatkan sementara kes sembuh yang direkodkan ialah 4,805,200.

Katanya, kumulatif kes kematian yang dicatatkan bagi tempoh sama adalah sebanyak 36,415 kes dan kumulatif kluster ialah 7,085 kluster dengan lapan kluster masih aktif. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings