the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jabatan Negara AS lulus perjanjian penyenggaraan dan peralatan F-16 untuk Pakistan

NEW DELHI: Jabatan Negara Amerika Syarikat telah memberi lampu hijau untuk perjanjian bernilai US$450 membabitkan penyenggaraan dan peralatan berkaitan F-16 untuk Pakistan.

Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan (DSCA) Pentagon menyampaikan pensijilan yang diperlukan dan memaklumkan kepada Kongres tentang penjualan kemungkinan dibuat pada Rabu.

Kontraktor utama ialah Lockheed Martin Corp.

Pakistan sebelum ini telah “meminta untuk menggabungkan penyelenggaraan F-16 dan sokongan untuk armada F-16 Tentera Udara Pakistan dengan mengurangkan aktiviti berulang serta menambah elemen sokongan,“ menurut kenyataan DSCA.

Perjanjian itu tidak termasuk sebarang keupayaan, senjata atau peluru baharu.

“Cadangan perjanjian ini akan menyokong dasar luar dan objektif keselamatan AS dengan membenarkan Pakistan mengekalkan kesalingoperasian dengan AS serta rakan kongsinya dalam usaha memerangi keganasan yang berterusan termasuk sebagai persediaan untuk operasi luar jangka pada masa depan,“ menurut DSCA.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings