the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sekurang-kurangnya 19 maut kumpulan perusuh serbu balai polis di tenggara Iran

TEHRAN: Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 20 lagi cedera dalam pertempuran yang meletus di bandar Zahedan di tenggara wilayah Sistan-Baluchestan, Iran pada Jumaat selepas sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata menyerbu sebuah balai polis.

Kejadian berlaku selepas solat Jumaat di luar balai polis di Jalan Razi di barat Zahedan, beberapa blok dari Masjid Makki, lapor Agensi Anadolu memetik Gabenor Wilayah, Hossein Modarriskhiyabani.

Beliau menyifatkan penyerang sebagai “kumpulan pengganas dan pemisah,“ yang berniat untuk “menawan” balai polis itu.

Video yang tular di media sosial menunjukkan keadaan ngeri ketika orang yang cedera dibawa keluar di tengah-tengah kepulan asap dan bunyi tembakan kedengaran.

Media kerajaan melaporkan bahawa “sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali” melepaskan tembakan ke arah balai polis, mencetuskan pertempuran. Beberapa laporan lain mengatakan penyerang tidak bersenjata tetapi bertindak melontar batu.

Kemudian, penunjuk perasaan yang berang mula membakar beberapa bank dan kereta polis di seluruh bandar, menurut saksi.

Akhir-akhir ini ketegangan semakin memuncak di wilayah majoriti Sunni yang bersempadan dengan Pakistan susulan kematian seorang wanita, Mahsa Amini, semasa dalam tahanan polis.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Thailand Launches FastPass Program, Unlocking USD 21 billion in Strategic High-Tech Investment

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Prime Minister Anutin Charnvirakul formally launched Thailand FastPass at Government House, mobilizing over USD 21 billion (approximately 700 billion baht) in strategic high-tech investment.

Hydrowash Detailing Pte Ltd Named Distinguished Brand of the Year, Strengthening Its Position in...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Hydrowash Detailing Pte Ltd, a Singapore-based automotive detailing company, has been honoured with the Distinguished Brand of the Year award, recognising the company's commitment to service excellence, customer satisfaction, and innovation in automotive care.

Nervotec Launches NervoScan MCP, Giving AI Assistants a Real-World Health Signal From a 10-Second...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Nervotec, a Singapore-based health AI company, today announced the launch of NervoScan MCP, a contactless biosensing tool that lets MCP-compatible AI assistants read a person's everyday vital signs from a 10-second face scan using any laptop, phone, or webcam camera.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings