the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

17% penduduk Eropah berisiko tinggi alami masalah kekurangan air menjelang 2050: WWF

ZAGREB (CROTIA): Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF) memberi amaran bahawa 17 peratus penduduk Eropah bakal berdepan masalah kekurangan air menjelang 2050.

Sebarang perubahan drastik di benua itu boleh menjejaskan ekonomi tempatan, lapor HINA.

“Memandangkan Eropah mengalami gelombang panas terburuk dalam sejarah, musim kemarau dan paras air sungai yang rendah, analisis baharu oleh WWF menganggarkan bahawa 17 peratus penduduk benua itu dan 13 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kemungkinan berdepan risiko kekurangan air yang melampau menjelang 2050 – melainkan kerajaan dan syarikat-syarikat perniagaan mengambil tindakan segera untuk meningkatkan daya tahan masyarakat dan ekonomi, khususnya melalui Penyelesaian Berasaskan Alam Semula Jadi,“ menurut WWF.

Menurut kenyataan akhbar, Greece, sebagai contoh, adalah antara negara yang menghadapi risiko tertinggi, dan 82 peratus penduduknya bakal berdepan risiko kekurangan air melampau menjelang 2050.

“Sungai yang bersih akan menjadi kunci membina daya tahan dan menyesuaikan diri dengan kesan perubahan iklim.

“Tetapi 60 peratus sungai di Eropah kini terjejas, walaupun terdapat kewajipan undang-undang Rangka Kerja Air EU untuk melindungi dan memulihkan sumber air tawar Eropah dan memastikan semua sungai mencapai status sungai bersih menjelang 2027.”

WWF memaklumkan bahawa negara-negara di rantau Adria menghadapi risiko kekurangan bekalan air yang sangat rendah.

Bagaimanapun, sebarang perubahan drastik di benua itu boleh menjejaskan ekonomi di negara-negara rantau Adria.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings