the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ratu Elizabeth lantik perdana menteri baharu UK di Scotland atas faktor kesihatan

MOSCOW: Ratu Elizabeth II, 96, akan melantik perdana menteri baharu United Kingdom di Istana Balmoral, Scotland dan bukan di Istana Buckingham, London susulan isu kesihatan yang dihadapinya, lapor Sputnik.

Baginda ratu dilaporkan membatalkan cutinya untuk melantik perdana menteri baharu iaitu Liz Truss atau Rishi Sunak, pada 6 September.

“Ratu Elizabeth dinasihatkan untuk tidak melakukan perjalanan … Mungkin bukan pilihan terbaik untuk baginda mengembara 1,000 batu ke sana dan kembali semula dalam tempoh 48 jam apabila bakal perdana menteri boleh pergi ke Balmoral dengan mudah,“ menurut sumber kepada The Sun.

Bagaimanapun, Ratu Elizabeth II memutuskan untuk melantik perdana menteri baharu itu sendiri walaupun anaknya Putera Charles boleh berbuat demikian.

Truss dan Sunak adalah dua calon terakhir dalam sesi pemilihan mengisi jawatan perdana menteri, selepas Perdana Menteri UK Boris Johnson mengumumkan peletakan jawatannya pada 7 Julai lepas.

Semasa pusingan terakhir, semua ahli parti – kira-kira 200,000 orang akan menjalankan tanggungjawab mereka memilih perdana menteri baharu UK.

Sesi pengundian akan dilakukan melalui pos.

Pengganti Johnson akan diumumkan pada 5 September.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

From race circuit to global supply chains: DHL powers Formula E’s boldest season yet...

As the ABB FIA Formula E World Championship returns to Shanghai for the 2025/2026 Season, the world's premier all-electric racing Championship accelerates into its most ambitious chapter yet with a record 17 races across 11 global cities, including new circuits in Madrid and Miami.

China Hong Kong Motorsports Centre launches HK Youth Karting Championship 2026

China Hong Kong Motorsports Centre ("CHKMC") is pleased to announce the launch of HK Youth Karting Championship 2026, a new karting championship scheduled to take place on 15 (Sat) – 16 (Sun) August 2026 at Guangzhou Conghua International Circuit.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings