the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sukan Komanwel: Skuad ping pong negara layak ke suku akhir

BIRMINGHAM: Skuad ping pong wanita negara berjaya mengalahkan Mauritius 3-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan 3, sekali gus layak ke peringkat lapan terakhir berpasukan wanita di Sukan Komanwel Brmingham 2022 di sini.

Mata pertama Malaysia diperolehi menerusi pasangan beregu Tee Ai Xin-Karen Lyne, selepas bangkit dari ketinggalan untuk mengatasi pasangan Ruqayyah Kinoo-Nandeshwaree Jalim, 9-11, 11-2, 11-5, 11-5.

Bercakap selepas perlawanan itu, Ai Xin memberitahu Bernama, mereka masih perlu mengurangkan tekanan yang dihadapi ketika permainan, jika mereka mahu menaiki podium di sini.

Pasukan Malaysia menjadikan kedudukan 2-0 selepas pemain perseorangan Alice Chang Li Sian menewaskan Oumehani Hosenally, 11-5, 11-9, 11-4, sebelum Karen yang kali ini beraksi sebagai pemain perseorangan mengesahkan tempat negara ke suku akhir, dengan mengalahkan Nandeshwaree, 13-11, 11-9, 11-6.

Malaysia memulakan cabaran mereka di Sukan Komanwel ini dengan kekalahan kepada Australia 0-3, sebelum menang ke atas Maldives, 3-0, yang kedua-dua perlawanan berlangsung semalam.

Pasukan wanita Malaysia yang menamatkan peringkat kumpulan di tempat kedua akan bertemu juara Kumpulan 2, India pada peringkat suku akhir.

Sementara itu skuad lelaki kebangsaan tewas kepada Kanada 1-3 hari ini dengan menyaksikan pasangan Jeremy Hazin-Edward Ly tewas kepada Wong Qi Shen-Choong Javen 9-11, 12-10,11-5, 11-8.

Pemain perseorangan negara Leong Chee Feng pula tewas kepada Chen Hongtao 8-10, 10-12, 8-11 sebelum Malaysia mendapat satu mata selepas Edward mengalahkan Javen 11-6, 7-11, 11-5, 11-6.

Kanada kemudiannya memastikan mereka berada di tempat teratas Kumpulan 4, selepas pemain mereka Chee Feng menewaskan Hazin 11-9, 11-5, 11-9.

Dengan keputusan itu, Malaysia menamatkan perlawanan Kumpulan 4 di tempat kedua, layak ke suku akhir yang akan berlangsung esok. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings