the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

India: Pelajar kejururawatan ditahan guna picagari sama untuk suntik 30 pelajar sekolah

NEW DELHI: Seorang pelajar kejururawatan ditahan pihak berkuasa selepas didapati menggunakan satu picagari yang sama untuk menyuktin vaksin Covid-19 kepada lebih 30 pelajar sekolah menengah di India, lapor Agensi Anadolu.

Menurut polis pelajar itu, Jitendra Ahirwar, yang dilatih untuk menjalankan program vaksinasi oleh jabatan kesihatan tempatan, ditahan awal minggu ini selepas didapati melakukan kesalahan itu di daerah Sagar, di Madhya Pradesh.

“Kami telah menahan lelaki itu. Dia telah menyuntik vaksin dengan menggunakan hanya satu picagari. Pelajar yang diberi vaksin selamat. Pelajar yang menerima vaksin itu selamat,“ kata pegawai polis daerah, Tarun Nayak.

Pegawai itu berkata kejadian berlaku pada Rabu semasa program vaksinasi mega sedang dijalankan di sebuah sekolah menengah.

Ahirwar, dalam video yang tular di media sosial, berkata dia tidak boleh dipersalahkan dan hanya diberikan satu picagari untuk melakukan vaksinasi.

Ketua Pegawai Perubatan dan Kesihatan daerah Sagar Dr Devendra Goswami berkata pegawai vaksinasi daerah itu juga telah digantung tugas dan siasatan lanjut sedang dijalankan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings